Wednesday, January 23, 2013

Uhibuki fillah

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah 2013 rupanya. Kini masing masing sudah berpecah mengikut aliran masing masing. Rasanya baru semalam kami masuk kelas bahasa arab. Namun, realitinya kami sudah meningkat ke tingkatan empat. Sekejap benar masa berlalu kan?

Tahniah diucapkan kepada kawan kawan kelas bahasa arab yang dapat result pmr 2012 dengan cemerlang. Kini kelas bahasa arab sudah berpecah. Ada yang ke kelas sains, kelas teknologi dan kelas akaun. Tak kira lah kelas apa pun kita sekarang, yang penting kami masih rapat seperti dulu. 

Meskipun, kami tidak lagi sama kelas namun itu tidak memutuskan persahabatan kami. Malah, lebih akrab. Walaubagaimanapun, semua itu pasti ada hikmah. Harap tahun ini lebih baik dari tahun lepas. semoga kami masih akrab seperti adik beradik seperti dulu. 

Sebelum terlupa, ada beberapa ukhwah kita sudah berpindah ke sekolah lain. Semoga kalian baik baik sahaja disana. Belajar rajin rajin.